Playboy Larang Ibu Kim Kardashian Campur Sesi Fotografi



MAJALAH Playboy dikhabarkan bakal menawarkan adik selebriti Kim Kardashian iaitu Kylie Jenner untuk menghiasi muka depan majalah tersebut pada usianya memasuki 18 tahun.

Kylie, 17, dilihat membesar sebagai seorang yang memiliki tubuh badan sempurna sebagai seorang model.

Menurut sumber, pihak majalah tersebut meletakkan syarat jika gadis itu setuju untuk beraksi sebagai gambar muka depan majalah tersebut suatu hari nanti.



Kylie mahu ikut jejak langkah kakaknya Kim Kardashian.

Salah satu syarat ialah melarang ibunya Kris Jenner mencampuri urusan di ketika fotografi berlangsung.

"Kris bersikap tidak menyenangkan ketika sesi fotografi Kim Kardashian dahulu. Dia selalu mencampuri urusan solekan hingga jurufoto.


"Jika Kylie terima tawaran itu, salah satu syarat ialah tidak membawa ibunya dan itu adalah muktamad," ujar sumber.

Terdahulu, Kylie pernah memberitahu hasratnya untuk mengikut jejak langkah Kim menjadi model Playboy pada 2007 lalu.

Previous Post Next Post