Rihanna Wanita Kulit Hitam Pertama Dipilih Duta Dior


Rihanna wajah baharu jenama terkenal Dior.

PENYANYI Rihanna muncul sebagai wanita kulit hitam pertama yang dipilih sebagai duta Dior untuk kempen terbaharu jenama terkenal itu pada musim luruh nanti.

Daily Mail melaporkan kejayaan tersebut meletakkan Rihanna sebaris dengan beberapa bintang terkenal yang pernah tampil sebagai duta jenama itu seperti Jennifer Lawrence, Marion Cotillard dan Natalie Portman.


Pemilihan penyanyi lagu FourFiveSeconds itu bukti dia bukan sahaja diminati dalam bidang nyanyian malah turut menjadi pilihan pereka fesyen untuk memperagakan pakaian jenama mereka.

Jenama Dior dikenali seluruh dunia dan pemilihan Rihanna sebagai duta terbaru adalah tepat kerana dia mempunyai aura tersendiri dan peminat di seluruh dunia.

Rihanna yang kini dikatakan sedang mempunyai hubungan istimewa bersama Leonardo Dicaprio sering menjadi perhatian orang ramai dengan fesyen yang ditampilkan.

Previous Post Next Post