Sharnaaz Ahmad bengang nama dieksploitasi



Sharnaaz memuat naik gambar dan status pasangan suami isteri yang menggunakan namanya untuk menipu peminat di Instagram miliknya.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 30, tidak dapat menyembunyikan perasaan marah apabila namanya dipergunakan untuk menipu peminat di Singapura. Oleh sebab itu, pada Selasa lalu, Sharnaaz telah memuat naik sekeping gambar tentang penipuan sebuah majlis ramah mesra dan amal di Singapura dalam akaun Instagram miliknya.

Dalam status gambar tersebut, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu menyeru peminat dan orang ramai supaya berhatihati dengan pasangan suami isteri dari Singapura yang menganjurkan sebuah majlis ramah mesra bersamanya.

Menurut Sharnaaz yang dihubungi Kosmo! barubaru ini, pasangan berkenaan mengenakan bayaran kepada peminat yang ingin menghadiri sebuah majlis ramah mesra bersamanya untuk tujuan mengutip dana bagi sebuah rumah anak yatim di Singapura pada 27 Mac lalu (semalam).

Bagaimanapun, selepas menerima cek tendang daripada pasangan itu, Sharnaaz telah membatalkan penglibatannya dalam majlis tersebut. Namun, apa yang mengejutkan, pihak penganjur masih menggunakan nama Sharnaaz untuk menjual tiket berharga RM300 walaupun sudah dimaklumkan pelakon berkenaan tidak akan menyertai majlis tersebut.


Artis Meletop!: Apakah yang menyebabkan nama Sharnaaz dipergunakan untuk sebuah majlis di Singapura?

Sharnaaz: Sebenarnya saya telah ditawarkan oleh pasangan suami isteri dari Singapura yang bertindak selaku penganjur untuk terlibat dalam sebuah majlis ramah mesra bersama peminat di sana. Kata mereka, selain bertemu peminat, majlis tersebut digunakan untuk mengutip dana bagi sebuah rumah anak yatim. Selepas menerima cek tendang daripada pihak penganjur, pengurus saya telah membatalkan penglibatan dalam majlis berkenaan.

Anda selalunya jarang terlibat dalam majlis sedemikian. Apakah yang membuatkan anda menerima tawaran tersebut?

Memang saya jarang terlibat dalam majlis hiburan kecuali yang melibatkan kerja sahaja. Bagaimanapun, saya akan berada di Singapura untuk sebuah majlis anugerah pada tarikh yang diberikan pihak penganjur iaitu pada 27 Mac (semalam). Jadi, apa salahnya bertemu peminat di sana sambil bekerja. Saya tidak tahu yang mereka me

nipu sehingga sedar cek yang diberikan adalah cek tendang. Saya juga tidak pergi ke Singapura kerana majlis anugerah yang sepatutnya dihadiri itu dibatalkan untuk menghormati kematian Lee Kuan Yew (bekas perdana menteri Singapura).

Apa pula kata peminat di Singapura?

Alhamdulillah, kebanyakan peminat saya di sana tahu penganjur majlis itu penipu. Menurut peminat di sana, pasangan itu sudah menipu ramai orang menerusi perniagaan butik perkahwinan serta pembinaan. Terbaharu, mereka menipu dengan menganjurkan acara menggunakan nama saya dan menjual tiket pada harga RM300. Saya tidak tahu kenapa sehingga sekarang mereka tidak ditangkap pihak berkuasa Singapura. Jika di Malaysia tahulah saya mengajarnya.

Adakah anda pernah mengalami situasi yang sama sebelum ini?

Tidak, ini kali pertama nama saya digunakan untuk menipu orang ramai. Jika kejadian ini berlaku di Malaysia, sudah lama saya membuat laporan polis tetapi masalahnya ia berlaku di Singapura. Saya menyeru pihak berkuasa Singapura supaya mengambil tindakan terhadap pasangan ini kerana telah menipu ramai orang. Jika dibiarkan, tidak tahu apa pula cara yang akan digunakan mereka untuk menipu orang.

Selepas ini apakah tindakan anda terhadap pasangan itu?

Ikutkan hati memang geram dan marah tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan. Saya hanya mampu sebarkan penipuan mereka di laman sosial supaya peminat dan orang ramai lebih berhatihati. Jangan mudah terpedaya dan mudah menghulurkan wang anda tanpa usul periksa.

Apakah perkembangan terbaharu kerjayaseni anda?

Saya akan memasuki set penggambaran bersama aktres Fasha Sandha untuk sebuah telefilem terbitan Global Station. Kemudian, saya akan terlibat dalam telefilem arahan Michael Ang. Semuanya menawarkan watak yang saya suka dan apa yang pasti tiada lagi watak komedi selepas ini.

Previous Post Next Post