Sharnaaz Ahmad tak sangka menang anugerah



PELAKON drama, Sharnaaz Ahmad akui tidak menyangka setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia seni, akhirnya bakat lakonannya diiktiraf apabila dia memenangi salah satu kategori dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2015.

Sharnaaz dan pasangan pelakonnya bagi drama Setitis Kasih Dharmia, Nelydia Senrose menewaskan beberapa calon lain bagi kategori Hero dan Heroin Drama Pilihan, malam tadi.

Melahirkan kesyukurannya itu, Sharnaaz menulis melalui kapsyen yang dimuat naik bersama klip video di Instagram, hari ini.

“Selepas enam tahun saya menjejakkan kaki dalam industri tanah air, inilah kali pertama saya dapat anugerah. Saya tak pernah sangka yang saya boleh merangkak sejauh ni dalam industri.

“Ini berkat doa mama saya dan juga papa, kakak-kakak serta abang saya...yang paling penting tanpa ‘familia’ saya, saya masih budak rempit yg suka buat kacau dan panas baran,” tulisnya.


Menurut Sharnaaz, meskipun ada yang tidak menyukai dirinya, namun ia menjadi pembakar semangat untuk dia terus maju ke hadapan.

“Alhamdulillah masa telah mematangkan saya dan juga mengetatkan skru yg longgar di otak kiri saya. Selagi saya bernafas, saya akan pastikan buat yg terbaik untuk industri ini.

“Walaupun ramai yang tak suka aku, tapi itu petrol bagi saya untuk bakar semangat yg membara ini. Benda yang tak boleh bunuh anda, adalah benda yang buat anda maju ke hadapan,” katanya.

Sharnaaz juga sempat mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan buatnya.

“Terima kasih sebab memberi kepercayaan pada saya. ‘Thank you very much. The first one is the sweetest one’,” tulisnya lagi.

Previous Post Next Post