Tao (EXO) Dikecam Peminat Kerana Merokok Di Tempat Larangan



Tao dikecam peminat kerana merokok dikawasan larangan.

PEMINAT mengecam anggota kumpulan EXO iaitu Tao selepas beberapa keping gambarnya sedang menghisap rokok di tempat larangan tersebar di Internet.

Soompi melaporkan peminat mempertikaikan tindakannya yang melanggar undang-undang negara itu kerana dia merupakan seorang selebriti dan perlu menunjukkan contoh terbaik.


"Terang-terangan dalam gambar berkenaan ada menunjukkan tanda larangan merokok di kawasan itu namun dia tetap berbuat demikian.

"Tindakannya itu sangat tidak menghormati undang-undang dan tidak sopan," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Weibo.

Bagaimanapun baik Tao atau pun syarikat pengurusannya mengambil tindakan berdiam diri mengenai isu tersebut yang kini menjadi perbualan peminat.

Previous Post Next Post