Ummi Nazeera Risau Kena Buka Tudung



Tahun 2015 ibarat kelahiran semula buat aktres jelita yang sangat manis berhijab, Ummi Nazeera, selepas hampir dua tahun menyepi daripada dunia hiburan tanah air. Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin kini kembali aktif dengan semangat dan jiwa lebih besar.

Apatah lagi dengan tampil berhijab, dia bukan saja dikurniakan rezeki dalam bidang lakonan, malah turut melangkah ke dunia pengacaraan televisyen.



“Tidak dinafikan ada khabar angin mendakwa saya tidak mahu berlakon. Pada awalnya saya tidak buat keputusan untuk berhenti, cuma apabila mendapat tawaran, saya tolak. Saya tolak sebab belum bersedia dan waktu itu, saya tidak tahu nak cerita apa kepada produser yang sebenarnya saya sudah berhijab,” katanya.

Disebabkan belum bersedia kembali ke dunia hiburan, Ummi mengambil keputusan untuk fokus dalam bidang perniagaan dan membantu ibunya mengurus syarikat mereka.

Previous Post Next Post