Ustaz Kazim Elias Rakamkan Album Nasyid



Penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias yang sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi menyertai sebarang program ceramah yang bersiaran di televisyen kini dalam proses menghasilkan album nasyid. Nampaknya semangat Ustaz Kazim sentiasa membara untuk berdakwah.

Menurut Ustaz Kazim, album tersebut akan berkonsepkan kekeluargaan dan ketuhanan. Beliau akan memberikan nafas baharu kepada beberapa lagu lama yang pernah dinyanyikan oleh beberapa kumpulan nasyid, antaranya Orkes El-Suraya.


“Album ini mendapat sentuhan daripada kumpulan nasyid, Inteam. Berkemungkinan besar bulan depan saya akan masuk studio untuk rakaman dan album ini akan berada di bawah label Inteam Record,” katanya.

Ustaz Kazim berkata, kehidupannya kini lebih tenang selepas tidak lagi terlibat dengan program dan ceramah di stesen televisyen dan kini fokus utama beliau ketika ini adalah kepada Pusat Pendidikan Al Barakah.

Previous Post Next Post