Video Pertengkaran Lee Tae Im & Yewon Dijadikan Parodikan


Lee Tae Im dan Yewon.

PROGRAM televisyen Korea Saturday Night Live mengambil kesempatan dengan membuat sebuah video parodi tentang pertengkaran diantara Lee Tae Im dan Yewon yang menjadi viral di laman sosial.

Dalam episod yang disiarkan pada Sabtu lalu, video tersebut dibuat dalam bentuk sketsa komedi lakonan semula oleh Ahn Young Mi dan pelawak Narsha Brown Eyed Girls.


Kedua-dua pelakon itu membawa watak tersebut dengan baik dan lucu apabila mengejek ayat-ayat daripada pertengkaran sebenar.

Terdahulu, minggu lalu, laman media dikejutkan dengan video viral milik dua selebriti iaitu Lee Tae Im dan Yewon yang terjadi dalam acara Tutoring Different Generations.

Bagaimanapun, Lee telah menjelaskan perkara tersebut disebabkan dirinya terlalu emosi apabila Yewon bercakap dalam bahasa kasar kepadanya.


[ENG SUB] Video of Lee Tae Im and Yewon Conflict by javieratutu--

Previous Post Next Post