Zain, Che Ta Turut Senang Dan Selesa Bersama LOL Entertainment



Sudah tertulis mungkin rezeki anak selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima bulan menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.


“Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.

“Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta,” kata Che Ta penuh yakin dengan pengurusan daripada pihak LOL.


Selain Che Ta dan Aaisyah, Zain sendiri turut membuat keputusan untuk bersama pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi sejak awal tahun ini dan memberitahu, dia berasa senang melihat bagaimana LOL selama ini menguruskan kerjaya isterinya.

Bagus juga tindakan Zain tersebut. Di samping memudahkan mereka bergerak di bawah satu pengurusan yang sama, perkara ini dilihat juga dapat menjimatkan masa keluarga kecil ini. Apa-apa pun, semoga keluarga ini kekal bahagia dan sentiasa sukses.

Previous Post Next Post