Ajai Tayang Badan Demi Motivasi Pengikut Di Instagram



Selari dengan musim bina badan sekarang, Ajai juga tidak mahu ketinggalan namun terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati selepas komposer dan penyanyi ini memuat naik gambar tidak berbaju di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, jelas Ajai kepada mStar Online, dia tidak terkesan langsung dengan kata yang dilemparkan orang ramai kepadanya malah mengakui dia tidak berhak untuk menghalang orang luar membuat penilaian terhadapnya kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri.


“Pada saya isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang tahu saya cuma tidak memakai baju dan masih lagi berseluar bukannya gambar tersebut menunjukkan saya bogel. Saya tidak kisah orang ingin mempertikaikan perkara itu kerana ia merupakan pendapat masing-masing”

“Mulut orang bukan kita boleh tutup. Perkara seperti ini tidak perlu menjadi persoalan kerana ia hanyalah perkongsian aktiviti saya kepada peminat,” katanya yang turut memandang perkara tersebut daripada sudut positif.

Kata Ajai, dia berkongsi gambar tersebut adalah untuk memberi motivasi kepada para pengikutnya di laman Instagram supaya mereka juga turut mengamalkan gaya hidup sihat sepertinya.

Previous Post Next Post