Almy Nadia: Salahkah kongsi rezeki bersama?



PADA Ahad lalu, berlangsung dengan meriah majlis cukur jambul dan aqiqah untuk puteri sulung pasangan selebriti, Almy Nadia dan Fizz Fairuz, Nur Afrina Arriana.

Selain untuk bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 16 Februari lalu, majlis itu juga turut diadakan untuk anak angkat pasangan ini, Nur Afrina Darwisyah.

Meskipun majlis itu berlangsung dengan lancar, namun lumrah dunia selebriti, pasangan ini tidak terlepas daripada kritikan segelintir masyarakat.

Dalam kemeriahan itu, ada yang menganggap majlis itu dilihat hanya satu pembaziran dan tidak digalakkan dalam agama Islam.

Tenang menjawab soalan yang diajukan, Almy berkata, dia hanya mampu tersenyum dengan kritikan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.


“Syukur, Alhamdulillah. Itu rezeki Almy untuk beri adik-adik tahfiz dan kumpulan marhaban makan. Itu juga rezeki suami Almy kongsi untuk kasi sanak saudara terdekat makan.

“Malah, ini juga rezeki semua dapat tengok muka anak kami. Kenapa perlu cakap kami membazir? Dari segi segi apa yang membazir?

“Almy bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar. Almy tak kisah, yang penting niat kami adalah untuk kongsi rezeki bersama,” katanya kepada Zass.

Tambah Almy, lumrah dunia selebriti, dia akan sentiasa berfikiran positif dalam berdepan dengan apa jua kritikan mengenai dirinya dan keluarga selepas ini.

Previous Post Next Post