Aman (AF 2014) Semakin Yakin Untuk Terus Bergelar Artis


Aman lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

Penyanyi baru Aman menganggap dirinya semakin matang daripada segi pemikiran dan cara penampilan sejak bergelar selebriti beberapa bulan lalu.

Aman atau nama sebenarnya Muhammad Razman Abdul Aziz, 22, berkata, kematangan itu dapat dirasai lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan orang ramai di acara-acara hiburan mahupun ketika membuat persembahan pentas.


"Sejak dahulu lagi masalah saya adalah mencari keyakinan diri. Dan perkara itu membuatkan saya berasa terlalu kecil. Mujurlah pihak Astro memberi peluang mengasah skil komunikasi saya dengan Datuk Aznil Nawawi.

"Dia telah membuatkan saya yakin diri sekali gus lebih matang dalam segala hal termasuklah ketika di pentas," katanya kepada mStar Online.



Dalam pada itu, Aman berkata, kerja-kerja lakonan yang dilakukan turut membuatkan dia yakin bahawa mampu berjaya di bidang seni tempatan.

Sementara itu, Aman berkata, sejak terlibat dengan lakonan menerusi drama Cinta Suci Jadi Saksi bersama Elfira Loy, dia ingin mengembangkan bakat lakonannya pula dan mahu melihat sejauh mana dirinya mampu bekerja di bidang itu.

Bukan itu sahaja, Aman turut berhasrat untuk bergelar pengacara, namun masih lagi mencari peluang dengan stesen-stesen televisyen.

"Kalau boleh saya mahu cuba semua. Barulah kita tahu yang mana satu bidang kekuatan kita.

"Memandangkan saya masih lagi baru dalam industri seni, saya ingin mengambil semua peluang yang ada," ujarnya.

Sementara itu, Aman bakal membuat persiapan untuk single lagu kedua tidak lama lagi.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »