Fahrin Ahmad Lakukan Adegan Intim Sehabis Baik Agar Tidak Perlu Ulang Babak



Pelakon Fahrin Ahmad mengakui dia berasa malu dan kurang selesa apabila terpaksa melakonkan adegan intim dalam filem terbaharunya, Pilot Cafe yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Menurut Fahrin, walaupun dia mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut namun dia masih berasa gementar apabila diminta melakonkan adegan berpelukan dengan wanita ataupun beraksi intim sehingga menyebabkan dia berasa malu.


“Sehingga ke saat ini saya masih berasa malu dan gementar untuk melakonkan aksi-aksi intim bersama pelakon wanita dalam sesebuah drama ataupun filem. Filem Pilot Cafe paling membuatkan saya gementar kerana banyak adegan memerlukan saya beraksi sedemikian sampai saya berasa malu,” katanya.

Jelas Fahrin, bagi mengelakkan dia terpaksa melakonkan adegan tersebut berulang kali, dia akan memberikan aksi terbaik ketika penggambaran selain menyatakan dirinya perlu bersikap profesional ketika menghidupkan wataknya.

Previous Post Next Post