Kelly Clarkson selesa gemuk


SELESA dengan bentuk tubuhnya yang berisi dan sedikit gempal, penyanyi Kelly Clarkson tidak obses untuk kurus selepas melahirkan anak perempuan, River Rose tahun lepas.

Kolumnis kontroversi, Katie Hopkins menyelar penyanyi berkenaan sebagai tidak peka dengan tuntutan dunia selebriti untuk kembali langsing.

Biarpun dipersoalkan banyak pihak, Clarkson membalas kritikan itu dengan berkata, dia tidak kisah dengan berat badannya tetapi pada masa yang sama berharap mempunyai kadar metabolisme badan lebih tinggi agar boleh mengekalkan berat badan normal tanpa perlu bersusah payah mengamalkan diet ekstrem.


"Saya bukan jenis individu yang obses terhadap tubuh sendiri. Saya pelik kenapa tubuh saya menjadi masalah kepada orang lain," katanya seperti yang tersiar dalam majalah Redbook.

Pelantun lagu Heartbeat Song itu berkata, dia tidak perlu mengambil serius pandangan orang terhadap bentuk tubuhnya kini kerana yakin dengan kualiti yang ada pada dirinya.

Previous Post Next Post