Mawar mohon maaf kurang peka isu semasa



PESERTA sebuah program realiti, Mawar Rashid memohon maaf kerana kurang peka terhadap isu semasa selepas dikritik di media maya kerana gagal menjawab secara jelas maksud Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Pelajaran dan tugasan serta aktiviti-aktiviti Mawar yang padat setiap hari telah membuat Mawar lalai tentang perkembangan isu semasa," tulis Mawar di laman Instagram beliau.

"Mungkin ada yang di luar sana sebaya Mawar yang mungkin juga kurang pasti tentang GST.


"Mawar belajar dari kesilapan dan Insya-ALLAH akan lebih membuka minda tentang isu-isu semasa.

"Mawar minta maaf sekali lagi dan ambil setiap kritikan dan teguran untuk memperbaiki diri Mawar untuk jadi lebih baik. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong Mawar," jelas Mawar.

Semalam, kecoh mengenai seorang peserta program realiti yang tidak dapat menjawab secara tepat apa itu maksud GST.


Cantik tak semestinya bijak :D

Previous Post Next Post