Nazim Othman Berubah, Elak Babak Bersentuhan



Setelah selesai menjalani pembedahan akibat ketumbuhan di bahagian kepalanya Mac lalu, kini Nazim Othman kembali bangkit dengan semangat baru malah mengakui apa yang dilaluinya itu sebagai ujian daripada Tuhan yang banyak mengubah dirinya.

“Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat dan baik-baik saja. Dahulu saya memang seorang yang lantang. Apa yang saya tidak suka, akan diluahkan kepada orang yang terbabit. Sikap lantang itu bukanlah disebabkan saya sejenis yang cerewet atau erti kata lainnya banyak songeh”


“Bagaimanapun, itu cara saya untuk mengekpresikan perasaan suka atau tidak terhadap sesuatu perkara. Sekarang, apabila diberi ujian oleh Tuhan dengan penyakit besar seperti ini, saya berubah secara total. Jujur, dalam proses hidup yang saya lalui sepanjang sakit, saya menemui ketenangan dalam hati”

“Kalau boleh saya tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara ini. Nanti orang boleh salah faham dan label saya riak. Cukuplah kalau saya mengenal diri dan Tuhan,” katanya yang turut mengelak untuk menerima watak yang memerlukannya untuk bersentuhan dengan wanita.

“Tuntutan kerja memang begitu tetapi dosa dan pahala, saya yang tanggung. Andai ada pihak yang melabelkan saya berlagak alim, itu terpulang. Saya tidak kisah kerana hidup saya, biar saya yang tentukan semuanya,” katanya kepada akhbar Kosmo!.

Previous Post Next Post