Nicki Minaj bertunang



PELANTUN popular lagu Anaconda, Nicki Minaj dilaporkan sudah bertunang dengan penyanyi hip hop, Meek Mill.

Spekulasi mengenai pertunangan Minaj timbul selepas penyanyi berusia 32 tahun itu dikesan memuat naik sekeping gambar sebentuk cincin pertunangan berbentuk hati berwarna putih dan kuning di akaun Instagram miliknya pada Rabu lalu.

Pasangan bahagia yang menjalin hubungan cinta sejak dua bulan lalu itu dilaporkan mengikat tali pertunangan pada malam Selasa lalu apabila Minaj telah memuat naik status di laman Twitter miliknya.


“Saya berharap, setiap malam akan menjadi seperti malam semalam,” tulis Minaj.

Dalam pada itu, Minaj sebelum ini pernah menyulam cinta hampir 12 tahun dengan seorang penerbit bernama Safaree Samuels. Bagaimanapun hubungan tersebut terlerai pada akhir tahun lalu.

Previous Post Next Post