Nur Fazura Tidak Kisah Nyanyian Dikritik & Syukur Impian Tercapai



Muncul dengan single pertamanya berjudul Sayangi Dirimu, Fazura mengakui dia tidak mahu mengambil serius terhadap segelintir pihak yang hanya tahu mengkritik dan mempertikaikan kebolehannya menyanyi.


“Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu,” katanya kepada mStar Online.

Menjelaskan bahawa dia tidak mampu menghalang golongan berkenaan untuk memberikan pandangan masing-masing, pelakon ini juga bersyukur kerana impiannya untuk bergelar penyanyi sejak dari kecil sudah tercapai.



“Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu”

“Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk bergelar penyanyi tetapi rezeki terlebih dahulu dalam bidang nyanyian. Bagaimanapun syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan biarpun mengambil masa untuk muncul dengan single pertama tetapi saya anggap ia ketentuan daripada-Nya,” ujar Fazura.

Tahniah buat Fazura kami ucapkan. Sekurang-kurangnya pelakon yang kini sudah bergelar penyanyi ini berani mencuba dan membuktikan bahawa semua orang mampu mencapai impian masing-masing.

Previous Post Next Post