Peminat Doakan Mia Ahmad Dan Syarul Ridzwan Bersatu



Menurut ruangan Diva Interaktif di Kosmo!, khabarnya pasangan yang serasi di dalam drama Hati Perempuan, Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan sedang hangat bercinta namun ia masih baru dan belum diketahui umum.

Menurut sumber, mereka didakwa kelihatan sangat akrab ketika mengikuti rombongan siri selama dua hari di Melaka baru-baru ini. Malah jika dilihat gambar-gambar mereka bersama di dalam laman sosial Instagram juga kelihatan bagaikan ada hubungan yang lebih dari kawan sedang terjalin.


Mungkin juga ini cinta lokasi tetapi jika benar ada perhubungan istimewa yang terjalin di antara mereka, harapnya perkara tersebut bertahan lama. Malah ramai di antara peminat mereka mendoakan agar pasangan ini bersatu di Instagram mereka berdua.

Apa-apa pun, semoga Mia dan juga Syarul mampu menongkah pelabagai rintangan di dalam industri hiburan dan jika hati masing-masing sudah bertaut, tidak salah kiranya mahu berkongsi dengan peminat di luar sana yang sentiasa menyokong anda.

Previous Post Next Post