Peminat Kecam Nina Iskandar Buka Tudung Di Instagram, Dakwa Tidak Ikhlas



Kira kira setahun yang lalu, ketika pemerintah Brunei melaksanakan hukum Hudud sepenuhnya salah seorang pelakon yang berasal dari sana iaitu Nina Iskandar telah berhijrah mengenakan tudung dan menafikan penghijrahan itu semata mata kerana perlaksanaan Hudud.

Baru baru ini Nina Iskandar telah memuat naik sekeping gambar dirinya tidak mengenakan tudung di akaun Instagram beliau & tindakan ini telah mengundang kritikan ramai yang terus menganggap penghijrahan sebelum ini memang tidak ikhlas dan bukan datang dari hati.




“Kadangkala anda mesti berani untuk mengawal hidup anda dan mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menjalani kehidupan. Sekiranya ia bermaksud menemui dan menjadi diri sendiri, ia berbaloi untuk diusahakan. Tak perlu kisah diterima ramai atau tidak, itu bukan langsung masalah anda,” tulisnya menemani gambar tesebut.

Tulisan beliau itu seakan akan memberikan gambaran yang beliau sudah tidak takut dengan persepsi ramai tentang penampilan beliau sama ada berhijab atau tidak kerana lebih mahu menjadi diri sendiri daripada memuaskan hati ramai pihak lain.

Sebelum ini pun Nina Iskandar pernah terpalit kontroversi apabila hanya mengenakan topi dalam satu sesi fotografi dan turut mengundang kritikan dari peminat hiburan.

“Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.
Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri”

“Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa pun mereka nak kata,” ulas Nina Iskandar kepada mStar Online sebelum ini.

Previous Post Next Post