Sambutan Aqiqah & Cukur Jambul Anak FIzz Fairuz, Almy Nadia Meriah



Pada hari ini (Ahad), telah berlangsung majlis aqiqah anak Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia, Nur Afrina Arianna yang diadakan dengan cukup meriah. Arianna dilahirkan pada 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak.


Selain itu, dalam majlis yang bertemakan warna merah jambu itu, majlis cukur jambul dan aqiqah tersebut turut diadakan buat anak angkat Almy Nadia, Nur Afrina Darwisyah.

Selain ahli keluarga terdekat pasangan ini, rakan artis juga turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Suka sungguh kami melihat wajah gembira Fizz dan juga Almy meraikan anak pertama mereka. Semoga kehadiran Arianna bakal membawa lebih sinar dan kebahagiaan kepada keluarga ini.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »