Seksi Kerana Terpaksa, Izara Aishah Nafi Sudah Mula Sombong



Mengakui mulai rasa kurang selesa sejak membintangi filem Sejoli lagi, Izara Aishah mengakui dia kini sudah meletakkan syarat dari segi soal pemakaian oleh kerana beberapa penampilan dirinya yang agak seksi di dalam filem sebelum ini.

“Bila saya tonton semula lakonan saya dalam Sejoli, saya mula sedar dan berasa tidak selesa. Jadi, sekarang saya letakkan syarat tidak mahu tampil dengan pemakaian yang terlalu terdedah”


“Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi. Namun, dari segi lakonan pula, saya tidak letak syarat apa-apa”

“Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon. Asalkan saya tahu menjaga diri dan batasan,” katanya yang turut menafikan kepada peminat bahawa dirinya sudah semakin sombong ketika ini kepada Malaysian Digest.

Previous Post Next Post