Taufik Batisah Mahu Leboh Fokus Dan Dekat Dengan Peminat Di Malaysia



Sering kali membuat persembahan di bumi Malaysia, penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah sudah mula merancang untuk berpindah ke sini bagi memudahkan perjalanan kerjayanya di samping dapat memberi fokus lebih karier nyanyiannya itu.

“Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah. Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke,” katanya kepada portal Mangga Online.


Malah menurut Taufik, dia sebenarnya memang sudah lama untuk mendapatkan perhatian di Malaysia namun usahanya dalam album terdahulu gagal dan dengan peluang yang ada kini, penyanyi ini mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk menetap di sini.

Selain itu, Taufik juga percaya jika dengan tinggal di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur dia akan semakin dekat dengan peminat serta ruang untuk muncul di media lebih mudah.

Previous Post Next Post