Yana Samsudin kongsi potret imej berhijab



SELEPAS pelakon Hanez Suraya mengambil keputusan untuk berhijab, kini pengacara dan pelakon popular Yana Samsudin kini tampil berhijab.

Memetik sebuah laporan portal berita, suaminya, Fadzil Zahari berkata tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung, namun dia ada menanyakan pendapatnya mengenai penampilannya berhijab.


“Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung,” kata Fadzil

Tinjauan di laman Instagram milik pelakon itu mendapati, Yana berkongsi sebuah gambarnya yang berhijab dalam satu program wanita terbitan stesyen televisyen tempatan.

Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan selebriti itu.

Yana Samsudin melangsungkan perkahwinannya bersama Fadzil yang juga merupakan adik kepada pelakon Farid Kamil Februari lalu.

Previous Post Next Post