Anis Aneesa Tidak Cedok Strategi Amelina



Penyanyi Anis Aneesa tidak mencedok strategi yang dibawa Amelina iaitu membuat kemunculan semula dan tampil dengan elemen dangdut dalam lagu.

Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 29, berkata kemunculannya dalam industri muzik adalah untuk memerihkan kembali irama dangdut dan bukannya mengikut seperti dilakukan Amelina.


"Bagi saya Amelina sudah mempunyai peminatnya tersendiri dan tujuan saya membuat kemunculan semula ini bukannya untuk bersaing serta meniru strategi yang dilakukannya.

"Cuma kehadiran saya kali ini adalah untuk memeriahkan kembali industri muzik dan ingin mengetengahkan lagu genre dangdut kepada masyarakat dengan cara yang tersendiri," katanya kepada mStar Online mengenai album terbaharunya iaitu Terusik.


Anis Aneesa

Single ini merupakan lagu pertamanya pada tahun ini selepas menyepikan dari selama setahun dalam industri seni.

Anis berkata, dia ingin mengentengahkan unsur dangdut dalam lagu terbaharunya kerana pemintaan terhadap konsep lagu itu semakin mendapat perhatian.

"Kini permintaan terhadap lagu dangdut sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat dan mereka sudah boleh menerima semula lagu seperti ini,” jelasnya.

Anis satu ketika dahulu pernah dikenali menerusi lagu Qasidah Cinta dan yang menggunakan khidmat komposer Ajai sebagai penerbit album tersebut.

Dalam pada itu Anis berkata dia akan mengadakan promosi menjelajah di beberapa negeri untuk mempromosikan single terbaharunya dan berharap ia dapat diterima oleh masyarakat.

Previous Post Next Post