Sharifah Shahira Disisihkan Gara-Gara Bergelar Deejay Radio



Pelakon dan pengacara, Shira mendedahkan kerjaya seninya tersekat kerana disisihkan gara-gara dia bekejra sebagai deejay di Ultra FM.

Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, berkata, tawaran menjadi hos di saluran televisyen juga gagal diterimanya kerana tugas itu.

"Saya pun tidak faham kenapa kebanyakkan stesen tv yang ingin mengambil saya sebagai hos membatalkan tawaran yang diberikan hanya kerana saya bekerja dengan Ultra FM?

"Banyak tawaran diberikan kepada saya tetapi bila tahu saya bekerja dengan radio Ultra mereka berubah fikiran sedangkan pengurusan stesen radio itu tidak menghalang saya untuk mengembangkan kerjaya saya," katanya ketika dihubungi Artis Meletop.


Shira berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penamatan kontraknya dengan stesen radio itu yang berkuatkuasa 2 Jun depan selepas berkhdimat selama dua tahun.

Shira bersiaran setiap hari mengendalikan segmen Ultra Petang selama lima jam bermula pukul 3 petang.

Ultra FM boleh dikuti menerusi frekuensi 101.3 FM sekitar Lembah Klang.


Shira (kiri) ketika menemubual Aweera di studio Ultra FM. Foto dari Instagram Ultranism.

Dalam pada itu, Shira berkata, dia terkilan dengan tindakan beberapa stesen televisyen yang melakukan diskriminasi tersebut kerana ia sedikit sebanyak menggangu kerjayanya sebagai pengacara.

"Saya sebenarnya terkilan kerana tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan saya tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi saya dipinggirkan seolah-olah melakukan kesalahan besar.

"Ia sedikit sebanyak mengganggu kerjaya saya sebagai pengacara kerana saya cuma ingin bekerja dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga," katanya.

Tambah Shira, akibat hal itu ramai peminat bertanya kenapa dia sudah tidak lagi muncul di mana-mana saluran televisyen.

Dia juga berharap agak pihak stesen televisyen tidak meminggirkannya lagi kerana dia kini sudah tidak mempunyai kontrak bersama saluran radio itu.

Dalam pada itu Pengurus Besar Ultra FM, Hawa Abdul Hamid berkata, pihaknya berpuas hati dengan prestasi Shira sepanjang bertugas di stesen radio berkenaan.

Katanya, Shira mendapat banyak tawaran menjadi hos tetapi kerjayanya itu tersekat kerana tugasnya sebagai dejay di stesen berkenaan yang memerlukan dia memberi komitmen sepenuh masa.

“Kami anggap Shira sebagai aset Ultra FM tetapi kami tak boleh halang dia kerana tawaran yang datang di luar sana cukup banyak dan dia perlu memilih satu diantara dua pilihan itu,” jelas Hawa.

Previous Post Next Post