Yasmin Hani Kesal Kenyataan Dimanipulasi



Baru baru ini Yasmin Hani telah menerima kritikan ramai selepas satu kenyataan beliau yang tidak bersetuju dengan budaya merotan anak murid di sekolah sebagai salah satu cara mendidik dan mendisiplinkan kanak kanak di zaman sekarang.

Kenyataan asal Yasmin Hani kepada media itu telah menerima negatif pelbagai pihak termasuklah satu surat terbuka dari seorang guru yang telah viral di media sosial beberapa hari lalu.


Bercakap kepada Harian Metro, Yasmin Hani meluahkan rasa kesal beliau atas apa yang berlaku dan mendakwa kenyataan asal beliau telah dimanipulasi oleh sesetengan pihak sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Pendapat sebenar saya iaitu tak bersetuju dengan budaya merotan kerana ada banyak cara lebih halus boleh diamalkan dalam mengajar anak murid sudah disalahertikan banyak pihak sehingga ramai guru salah faham. Itu yang saya suarakan sebenarnya (gunakan pendekatan psikologi) tapi apabila laporan yang tersebar kelihatan seperti saya menentang dan menghentam budaya merotan, ia sudah disalahertikan oleh masyarakat”

‘Cuma apabila kenyataan asal saya dimanipulasi begitu, lainlah jadinya. Tak pasal-pasal saya berdepan dengan konflik ini hanya disebabkan salah faham yang berlaku. Saya amat menghormati dan mengagumi segala usaha dan keikhlasan guru-guru mendidik anak bangsa”

“Takkanlah sebagai ahli masyarakat dan selebriti saya sanggup untuk menyuarakan pendapat yang memperlekehkan tugas seorang guru?,” jelasnya.

Previous Post Next Post