Zizan Razak Nafi Di Ambang Kejatuhan



Fitnah yang menimpa pelakon dan juga pelawak Zizan Razak pada tahun ini bagaikan memberi kesan kepada dirinya sehingga ada yang menyifatkan perkara tersebut sebagai petanda popularitinya mula jatuh.


“Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah. Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki”

“Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada. Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui”

“Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama orang luar di sana suka saya atau tidak,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Previous Post Next Post