Bilionair Australia Teman Lelaki Baharu Mariah Carey



Penyanyi terkenal Mariah Carey dan bilionair, James Packer dilaporkan sedang hangat bercinta.

PENYANYI terkenal Mariah Carey dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bilionair dari Australia iaitu James Packer.

Daily Mail melaporkan Mariah, 45, terbang ke Pulau Capri, Itali menggunakan jet peribadinya untuk bercuti bersama lelaki berkenaan.

Pasangan berkenaan dilihat berpegangan tangan ketika bersiar-siar di sekitar Capri sebelum menaiki kapal persiaran peibadi milik James.

Selepas Capri, pasangan berkenaan akan ke Cannes dan St Tropez bagi meneruskan percutian mereka.

Menurut laporan Forbes, James, 47, memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah USD4.6 bilion (RM17.2 bilion) menerusi rangkaian perniagaan hotel dan casino di Australia dan beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat.




Mariah dan James dilihat berpegangan tangan ketika bercuti di Capri, Itali.

James juga adalah lelaki keempat terkaya di Australia.

Pasangan itu diperkenalkan oleh pengarah filem Brett Ratner selepas beberapa bulan James meminta untuk dipertemukan dengan penyanyi lagu We Belong Together itu.

Mariah terdahulu bercuti di Paris bersama dua anak kembarnya, Monroe dan Moroccan sebelum dilihat bersatu dengan suaminya, Nick Cannon untuk minum petang bersama anak-anak mereka di New York.

Nick,33, pada Disember lalu memfailkan cerai terhadap Mariah selepas enam tahun berkahwin namun perceraian itu masih belum muktamad.

Previous Post Next Post