Brangelina Pilih Penerbangan Ekonomi Ke Paris


Brangelina bercuti ke Paris bersama anak-anak mereka.

PASANGAN Angelina Jolie dan suaminya, Brad Pitt memilih penerbangan ekonomi untuk bercuti ke Paris bersama enam anak mereka biarpun mempunyai jet peribadi.

Majalah People melaporkan, keluarga besar itu menaiki penerbangan Air France dari Amerika Syarikat ke Paris tanpa kehadiran atau bantuan pembantu dan pengawal yang kebiasaannya bersama mereka.


Kelibat pasangan yang diberi jolokan nama 'Brangelina' itu menimbulkan perhatian penumpang lain yang turut berada dalam pesawat tersebut.



Biarpun mempunyai jet peribadi pasangan Brangelina memilih pesawat biasa untuk bercuti bersama enam anak mereka.

Sumber memberitahu pasangan itu tidak kelihatan seperti bintang filem terkenal dan benar-benar menjalani kehidupan seperti orang biasa yang lain.

Malah Brad, 51, dilihat sibuk menyimpan bagasi mereka di ruang penyimpan barang manakala Angelina menguruskan tempat duduk enam anak mereka tanpa bantuan pembantu.

Keluarga besar itu dilaporkan memilih Paris untuk bercuti kerana anak kembar mereka, Knox dan Vivienne dilahirkan di negara tersebut pada Julai 2008.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »