Emma Maembong Berhijab Bukan Ikut Trend, Mohon Peminat Beri Masa Untuk Berubah



Sejurus dakwaan pelakon manis Emma Maembong yang berpakaian ketat dikritik hebat oleh segelintir peminat di laman sosial Instagram, Emma tampil memberikan penjelasan perihal isu tersebut.

“Emma berubah secara perlahan-lahan, tidak ada orang berubah akan terus pakai purdah sampai buka mata dua. Daripada Emma tak berubah lebih baik Emma berubah secara perlahan-lahan. Mengenai seluar ketat rasanya ramai lagi orang pakai sebegitu dan bukannya Emma seorang,” katanya yang ditemui semasa Majlis Pelancaran 2 Drama Terbaru terbitan HyppTV kelmarin.

Melihatkan Emma selalu dijadikan mangsa bulian di laman sosial, pelakon itu menafikan hal itu dan memberitahu bukannya dia seorang sahaja yang terkena malahan ramai lagi artis lain di luar sana.

“Emma tak rasa apa pun, bagi Emma semua orang kena benda yang sama. Kalau Emma buat apa-apapun kalau orang tak suka kita buat macam mana pun orang tetap tak suka. Jadi kalau kata nak jadi isu di ‘attack’ ramai-ramai di Instagram, saya tengok mereka bergaduh dan saya biarkan sahaja.


“Kalau orang tegur Emma secara nasihat dan baik, Emma akan fikirkan dan ambil teguran itu. Tapi kalau secara kasar tidak mengapalah,” tambahnya lagi.

Tambah Emma lagi, dia mahu berubah secara perlahan-lahan dan tidak mengikut trend atau paksaan daripada mana-mana pihak apabila dia membuat keputusan untuk berhijab.

“Semua orang pun sama kalau orang itu sebelum ini yang merokok dan mahu berhenti dia akan perlahan-lahan berhenti begitu juga dengan Emma. Emma sendiri baru sahaja berhijab dan bukannya berhijab untuk mengikut trend ke apa. Itu semua atas kehendak Emma sendiri yang mahu berubah secara perlahan-lahan”

“Lagipun takkan nak jelaskan satu per satu kepada setiap orang. Bukan Emma sahaja cuba tengok orang sekeliling contohnya kakak, emak dan yang lain-lain cuba tengok dan tegur mereka terlebih dahulu,” jelasnya.

Bagaimanapun, Emma berkata dia tidak terjejas atau tertekan dengan media sosial kini yang seolah-olah sesuka hati untuk cuba menjatuhkan atau mengaibkan seseorang artis atau mana-mana VVIP yang lain sekalipun.

“Bagi Emma sendiri tidak tertekan pun. Mereka rasa artis ini tidak mempunytai perasaan dan mereka buat artis ini sebagai bahan kutukan. Tapi setiap hari dalam kehidupan mereka artis juga jadi bahan menghiburkan mereka semua,” ujarnya

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »