Erma Fatima & Bade Dilaporkan Bakal Bercerai


Pengarah filem Erma Fatima dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya, Badaruddin Azmi, 51, pada Khamis.

Artis Meletop difahamkan proses cerai akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gomak Timur, Keramat dekat sini.

Erma, 47, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad yang ditemui pemberita di Istana Budaya pada malam Rabu bagaimanapun enggan mengulas perkara itu sebaliknya meminta agar pihak media tidak mempercayai gosip berkenaan.

Bagaimanapun dia tidak menafikan akan berada di mahkamah pada Khamis.


Bade Azmi

“Kita jumpa esok (Khamis). Kalau ada esok… adalah…” katanya ringkas lalu bergegas ke keretanya semasa pihak media cuba mendapatkan pengesahan.

Dalam perkembangan terbaharu, wartawan mStar Online, Mohd Al Qayum Azizi berkata, kes pasangan itu akan disebut pada Khamis pukul 2.30 petang di mahkamah berkenaan.


Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.

Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai. Bade sebaliknya berkata dia masih sayangkan Erma.

Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »