Hafiz Suip Bersyukur Tunang Sangat Memahami Dirinya



Bakal menamatkan zaman bujang pada 14 Mei tahun hadapan (2016) bersama tunangnya Nureffy Jasreel, Hafiz Suip mengakui dugaan ketika bertunang memang lebih hebat mengalahkan situasi mereka ketika bercinta.

“Memang benar, masa bertunang banyak rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi. Bergaduh-gaduh manja tu jangan cakap, lebih hebat dari semasa bercinta. Tapi saya bersyukur kerana apabila bersama dia, saya boleh menjadi diri sendiri”


“Tidak perlu berlakon menjadi orang lain dan dia cukup mengerti tentang diri saya,” jelas Hafiz sambil menyatakan tarikh pernikahannya nanti adalah bersempena hari kelahiran tunangnya itu.

Harapnya Hafiz sabar dalam menghadapi dugaan ketika bertunang ini. Malah peminat pun sudah tidak sabar menantikan mereka berdua naik pelamin da semoga perjalanan dan juga persiapan Hafiz serta Nureffy menjelang hari pernikahan nanti berjalan lancar.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »