Hairul Azreen sindir Shahidan, ajak lepak disko



Hairul Azreen sindir Shahidan atas cadangan mahu supaya kedai mamak berhenti beroperasi pada tengah malam

“Lepas ni kita semua lepak di kelab disko sebab kedai mamak kena tutup tengah malam.”

Itu respons pelakon tempatan, Hairul Azreen kepada cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang mahu menetapkan kedai mamak perlu tutup sebelum tengah malam kerana menyebabkan meningkatnya masalah sosial.

“Lepas ni kita lepak dekat Club disco je sebab kedai mamak dah kena tutup, club sampai pukul 3pg. Lepak club mak ayah jgn marah tau.

“Btw ikut cara jepun tu bagus, discipline dorg mmg A tp dorg lepas kerja kena lepak mabuk sebab kalau balik rumah awal jiran2 gelak sbb lelaki tu tak ada berkerja balik awal.”



Akaun rasmi Hairul Azreen yang menyindir cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. – Foto Instagram Hairul Azreen

Hairul, pemenang Malaysia Fear Factor 2013, menjawab secara menyindir cadangan Shahidan di akaun rasmi Instagram dan telah tersebar di beberapa kumpulan sosial media.

Posting beliau di Instagram itu menerima lebih 11,000 likes.

Cadangan Shahidan tidak dapat diterima oleh netizen termasuk peminat Hairul yang turut menyokong jawapan pelakon itu di Instagram di mana rata-rata mengatakan ia satu cadangan yang tidak masuk akal untuk menangani masalah sosial.

“Stupid reason kedai mamak kena tutup,” komen pengguna Instagram, @miss_shuhada_90.

“Mcm2 la menteri kita skrg…kedai makan pulak yg nak ditutup. Disco yg ada. Pegi disco la minum kopi’o ade ke jual?,” komen seorang lagi pengguna Instagram yang marah, @hi_daya.

Hairul turut menyentuh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kejatuhan nila ringgit dalam postingnya.

“Kami tak setuju cadangan itu, kami setuju kalau GST tak ada , #MataWangNegara Jatuh kenapa?”

Previous Post Next Post