Hospital Mohon Maaf Insiden Wanita Dilarang Masuk Kerana Berseluar Pendek



Wanita ini terpaksa memakai tuala yang dipinjam daripada pesakit di wad Hospital Sungai Buloh selepas dihalang masuk kerana memakai seluar pendek.

Hospital Sungai Buloh memohon maaf berhubung insiden seorang wanit yang dilarang masuk kerana memakai seluar pendek.

Pengarahnya, Dr Khalid Ibrahim berkata, aspek pemakaian tidak termaktub dalam dasar hospital atau Kementerian Kesihatan.

"Kami memohon maaf atas insiden itu. Ia tidak sepatutnya berlaku. Kami tidak menghalang pelawat daripada masuk ke kawasan hospital berdasarkan apa yang mereka pakai.

"Bagaimanapun, kami menggalakkan orang wam supaya berpakaian sopan ketika melawat pesakit," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa.


Dr Khalid berkata, mungkin berlaku salah faham melibatkan pengawal keselamatan yang menghalang wanita itu daripada memasuki kawasan hospital itu.

Gambar wanita berkenaan mengikat tuala pada pinggangnya untuk membolehkan dia masuk ke hospital itu menjadi viral menerusi media sosial.

Wanita itu dilaporkan dihalang pengawal Hospital Sungai Buloh di laluan pelawat pada 16 Jun lalu kerana memakai seluar pendek.

Bapa wanita itu meminjam tuala pesakit di wad hospital itu untuk dipakai anaknya.

Wanita itu hanya dibenarkan masuk ke kawasan hospital itu selepas menutup lututnya menggunakan tuala yang dipinjam itu.

Previous Post Next Post