Nora Danish Luang Masa Bersama Keluarga Ketika Ramadan



Bagi memberi peluang untuk bersama-sama keluarga di dalam bulan yang mulia ini, pelakon Nora Danish mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seni selain dalam masa yang sama turut memberi perhatian kepada kafe miliknya, Kopi XOXO.

“Sepanjang Ramadan saya menolak semua tawaran berlakon bagi menumpukan perhatian kepada keluarga terutama anak tungga saya, Putera Rayqal. Maklumlah, sebelum raya saya terlalu sibuk dengan kerja, jadi inilah masanya untuk saya meluangkan waktu bersamanya,” kata Nora kepada BH Plus.


Selain itu, Nora yang sangat menggemari kari ayam dan juga ayam masak cili ini juga biasanya akan menggunakan masa yang ada dengan keluarga untuk sama-sama berbuka puasa dan juga menunaikan solat terawih bersama-sama.

Dalam perkembangan lain, Nora mengakui tidak ambil pusing mengenai kritikan negatif yang dilemparkan di akaun Instagram miliknya dan lebih memberi tumpuan kepada perkara yang positif.

“Sedangkan pemimpin sendiri pun dikutuk, apatah lagi selebriti biasa seperti saya. Bagi saya segala kutukan yang dilemparkan adalah lumrah di dalam kehidupan,” jelas Nora lagi. Bagi kami, apa Nora lakukan itu betul juga. Jika dilayan nanti tidak jadi kerja.

Previous Post Next Post