Sabree Fadzil temui cinta baharu


PELAKON, pengarah dan penerbit, Sabree Fadzil kini bergelar suami kepada usahawan, Habibah Hassan atau lebih dikenali sebagai Abby.

Majlis akad nikah berlangsung di sebuah masjid di Pendang, Kedah minggu lalu di kampung halaman Abby.

Abby, 42, dan anak tunggalnya Aina Amanda Shahzali,7, pernah dapat perhatian apabila video luahan sedih kanak-kanak itu menjadi viral selepas diejek oleh rakan-rakan kerana kecacatan tangan.


Bukan sahaja mendapat sokongan moral daripada rakyat Malaysia dan masyarakat lua negara, malah Ainaa Amanda turut mendapat liputan meluas media tempatan selain dijemput muncul dalam beberapa program televisyen.

Sabree sebelum ini mula dikenali sebagai model sekitar awal 1980an kemudian diperkenalkan ke layar perak menerusi filem pertama berjudul Sayang pada 1987.

Sejak itu kelibat aktor kacak ini sering menjadi perhatian di layar perak menerusi filem-filem box-office seperti Antara Dua Hati, Pelumba Malam, Bayangan Maut dan Sengketa Cinta.

Previous Post Next Post