Shanrul Akui Sudah Putus Tunang, Nafikan Curang Dengan Elizabeth Tan



Tunang kepada penyanyi Adira AF, Shahrul Nasrun hari ini menjelaskan kepada kami situasi mengenai dakwaan memikat Elizabeth Tan. Menurut Shahrul, dia berhubung dengan Elizabeth Tan hanyalah atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

“Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang kerjasama dalam apa saja program atau campaign saya”

“Adira girlfriend saya… betul, kerana sewaktu itu belum bertunang. Kita harus bersangka baik. Saya pernah dilabel sombong, muka ketat sebelum ini. Mungkin sebelum mereka duduk mengenali saya,” katanya kepada Artis Meletop.


Selain itu Shahrul juga tidak menyalahkan Elizabeth kerana memahami situasi tersebut dan menyifatkan mungkin Elizabeth panik dan tidak mahu ada kaitan.

“Sesiapa saja kalau dikaitkan tentang hubungan orang lain, akan cuba protect diri mereka. Saya tak salahkan dia. Mungkin ada salah faham. Saya mesra dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan bila soal kerja”

“Setakat ambil berat tanya makan dah atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa tak salah. Bahkan dengan staff saya yang lain saya layan mereka sama saja,” jelasnya lagi.

Selain itu, Shahrul mengakui sudah putus tunang beberapa bulan yang lalu dan dalam masa yang sama memohon izin agar dia dan juga Adira mencari kabahagiaan masing-masing.

Previous Post Next Post