Tunai Pesanan Arwah Ibu, Johan Asari Dalami Agama Di India Selama Empat Bulan



Demi menunaikan pesanan arwah ibunya, Johan As’ari akan berada di India selama empat bulan bersama rakan-rakannya di sana. Menurut Johan, dia ke sana adalah untuk mendalami ilmu Al-Quran selain ilmu hafazan dan mendekatkan diri kepada Allah.


“Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan”

“Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana”

“Saya akan berangkat ke India secara berkumpulan iaitu seramai tujuh hingga lapan orang. Di sana sudah ada rakan yang menunggu kami. Seorang daripada kami akan dilantik selaku ketua rombongan,” kata Johan yang bakal berpuasa dan menyambut Syawal di India kepada akhbar Kosmo!

Previous Post Next Post