Cerita Aidilfitri Rahmad Mega



SETELAH lama menyepi dari lapangan nyanyian, kelibat bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmad, kembali menyerikan industri muzik tanah air selepas bergelar finalis program realiti televisyen, Gegar Vaganza tahun lalu.

Bertemu dengan empunya diri atau nama lengkapnya Rahmad Tohak, pada satu sesi fotografi di Studio Utusan, Cheras, sekitar Ramadan lalu, mengamit kenangan 90-an, lagu Rindu Bayangan yang pernah menjadi siulan ramai ketika itu.

Masih lagi aktif melakukan persembahan pentas, Rahmad berkongsi kisah Aidilfitri di kampungnya yang terletak di Parit Betak, Pontian, Johor. Dalam pada itu, penyanyi yang masih mempunyai vokal yang mantap itu turut berkongsi mengenai promosi album mininya termasuk perkembangan seni terbaharunya.

“Raya tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tapi kalau beraya di kampung, suasananya lagi seronok dan bertambah meriah.

“Setiap tahun saya akan beraya di Parit Betak. Di sana pada awal hari raya akan ada aktiviti Marhaban. Kami akan menziarahi rumah jiran tetangga.

“Memang meriah sebab dapat jumpa kawan-kawan yang saya sudah lama tidak berjumpa. Raya sahajalah waktu yang ideal untuk berjumpa semula,” ujarnya bersemangat.

Di samping itu, Rahmad turut berkongsi menu kegemarannya pada hari lebaran.




“Tidak pernah berubah, setiap tiba hari raya, kegemaran saya semestinya rendang. Tidak kisah rendang ayam mahupun daging. Lepas balik solat sunat Aidilfitri, saya akan masuk dapur untuk tengok lauk yang ada (ketawa).

“Kalau kuih raya pula saya tidak berapa gemar. Saya lebih gemar kerepek seperti kerepek pisang dan kerepek keladi. Saya boleh habiskan beberapa balang sambil menonton televisyen,” tutur penyanyi itu mengenai rutin rayanya.

Dalam kemeriahan raya, Rahmad sempat merakamkan sebuah lagu raya berjudul Kenangan Di Hari Raya ciptaan LY dan Baiduri.

“Walaupun zaman sekarang orang sudah tidak berapa dengar lagu raya, saya tetap akan tampil dengan lagu raya kerana saya tidak mahu budaya melahirkan hari raya pupus begitu sahaja.

“Saya sedar lagu raya klasik tetap menjadi pilih

Previous Post Next Post