Lisa Surihani, Yusry KRU Bakal Sambut Cahaya Mata September Ini



Tidak mahu terlalu menghebahkan mengenai kandungan mereka, hakikatnya kini kandungan Lisa sudah pun berusia tujuh bulan dan pasangan ini dijangka akan menyambut kelahiran sekitar bulan September tahun ini.


“Alhamdulillah saya okey. Alahan pun tak kronik sangat dan masih terkawal,” katanya dipetik daripada Berita Harian, menjelaskan mengenai keadaan dirinya ketika ini. Sebelum ini, Lisa dan juga Yusry sangat berahsia mengenai cahaya mata pertama mereka ini.

Sebelum ini, Lisa dan Yusry juga pernah menjelaskan bahawa mereka akan membesarkan anak mereka seperti biasa dan tidak mahu diterjah dengan lensa kamera sebaik sahaja dlahirkan.

Previous Post Next Post