Mamat Exist didenda RM4,000 kes dadah



BEKAS vokalis kumpulan Exist, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.


Mamat bagaimanapun membayar denda tersebut.

Selain itu, mahkamah mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, jam 11 malam, 26 Mac lalu.

Mamat yang memenangi tempat ketiga pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau maksimum RM5,000 atau keduanya dan pengawasan polis maksimum tiga tahun.

Previous Post Next Post