Muhyiddin: Najib Susah Nak Cakap Mahu Gugurkan Saya



Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui hanya dimaklumkan mengenai penggugurannya daripada Kabinet kurang sejam sebelum keputusan berkenaan diumumkan secara langsung menerusi televisyen di Putrajaya.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau bagaimanapun menyedari mengenai penggugurannya ketika menghadiri satu majlis rasmi di Sendayang, Negeri Sembilan pada pagi Selasa.


"Masa itu saya dah sedar ia adalah majlis terakhir saya selaku timbalan perdana menteri. Saya diminta hadir ke Pejabat Perdana Menteri pada pukul 11.30 pagi namun hanya berkesempatan ke sana pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

"Saya tanya perdana menteri apa tujuan memanggil saya...beliau susah nak cakap. Saya tanya adakah saya digugurkan, beliau hanya mengangguk. Saya ucap terima kasih," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini.

Pada sidang media itu beliau ditemani isterinya, Puan Sri Noraini Abdul Rahman.

Sidang media yang dihadiri wakil media tempatan dan antarabangsa itu berlangsung kira-kira setengah jam.

Previous Post Next Post