Mulan Jameela tagih bantuan netizen


MULAN JAMEELA

PENYANYI terkenal Indonesia, Mulan Jameela terkenal dengan sikapnya yang baik hati meskipun telah bergelar selebriti popular.

Sebelum ini, tindakannya mengunjungi seorang pesakit kanser otak mendapat liputan meluas media Indonesia.


Terbaharu, Mulan juga meminta pertolongan netizen di laman sosial bagi menjejaki seorang kanak-kanak lelaki yang hilang sejak beberapa hari lepas.

Kanak-kanak tersebut, Musthafa Hafidz dilaporkan hilang di Cempaka Putih, Jakarta sejak Isnin lalu.

“Mohon bantuan orang ramai bagi menjejaki kanak-kanak ini, moga dapat bertemu kembali bersama keluarga dalam masa terdekat,” ungkapnya menerusi Twitter.

Previous Post Next Post