Nad Zainal Selesa Bertudung, Belum Mahu Kekal



Bukanlah niat mahu mengelirukan sama ada di sudah pun berhijab atau tidak, Nad Zainal menjelaskan buat masa ini dia belum lagi ke arah bertudung namun mengakui selesa berhijab selain menggayakannya kerana bersesuaian dengan tema Ramadan.


“Saya memang belum ke arah itu. Tapi sejujurnya memang selesa memakai tudung. Banyak lagi yang saya mahu teroka dalam dunia seni,” katanya yang turut berkongsi cerita mengenai perjalanan cintanya kini kepada Berita Harian.

“Kami faham diri masing-masing. Walaupun pernah beberapa kali putus cinta saya tak serik. Soal jodoh sudah tertulis sejak azali. Saya tak pernah serik atau takut. Saya berharap hubungan saya dan dia kekal sampai bila-biar”

“Biar dia jadi yang terakhir buat saya. Pun begitu, saya belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Kalau ada jodoh saya dan dia, kami akan berkahwin juga,” katanya.

Previous Post Next Post