Sari Yanti sunyi tanpa suami


BAGI pelakon comel molek ini, tahun ini merupakan tahun keduanya meraikan Aidilfitri tanpa suami di sisi.

Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30 berkata, dia bagaimanapun bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Memang perasaan itu wujud apabila berhari raya sebagai ibu tunggal.

“Jika sebelum ini saya membuat persiapan untuk suami, tetapi sekarang tidak lagi. Sedikit sebanyak hati saya tetap terusik,” katanya.


Tambah bintang Kisah Kaisara ini, dia bagaimanapun sentiasa reda dengan apa yang tertulis untuknya.

“Semua yang berlaku ada hikmahnya, bagi saya, jika ALLAH halang sesuatu perkara itu, kita tidak akan menerima apa-apa.

“Namun, jika ALLAH memberi, tiada siapa yang akan halang kita untuk menerima,” ujarnya yang menjadikan kisah penceraiannya sebagai panduan hidup.

Sedikit mengenai sambutan Aidilfitrinya tahun ini, ibu kepada Barr Al-Aliy, 5, dan Basit Al-Haq, 3, seperti biasa pulang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Sama seperti tahun lalu, saya beraya di kampung bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain,” katanya.

Previous Post Next Post