Yazit Search dihalang jalani pembedahan buah pinggang



BERIKUTAN kesihatannya yang semakin merosot, pemain drum kumpulan Search, Yazit telah ditegah daripada melakukan pembedahan buah pinggang.

Memetik laporan sebuah portal, keputusan ini dibuat selepas Pakar kardiologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan jantungnya hanya berfungsi di bawah paras 50 peratus sahaja dan tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.

Difahamkan, Yazit terlantar di HKL sejak awal Ramadan lalu selepas jantungnya mengalami jangkitan kuman. Doktor yakin keadaan jantungnya akan bertambah baik selepas menerima rawatan sebelum pemeriksaan dilakukan semula untuk memastikan dia sesuai untuk menjalani pembedahan.


Daam pada itu, Yazit mungkin terpaksa menunggu tiga tahun lagi kerana keutamaan akan diberikan kepada pesakit yang sudah menjalani rawatan dialisis lebih daripada 10 tahun.

Sempena kehadiran Syawal ini, Yazit berharap dapat pulang ke rumah untuk menyambut perayaan itu bersama isteri, Ramlah Ahmad dan anak-anak mereka. Malah kata Yazit, dia bercadang untuk bercuti di pulau bersama keluarga bagi menenangkan fikiran selepas lama terlantar di hospital.

Previous Post Next Post