Gangnam Style Cecah 2.4 Bilion Tontonan Di YouTube


Muzik video Psy, Gangnam Style kini mencecah tontontan sebanyak 2.4 bilion di Youtube.

TIGA tahun selepas ia dilancarkan, muzik video Gangnam Style nyanyian Psy mencipta rekod terbaharu apabila ia mencecah 2.4 bilion tontonan di YouTube.

Allkpop melaporkan pencapaian tersebut menjadikan lagu berkenaan kekal sebagai video paling banyak ditonton dalam sejarah laman video berkenaan.


Populariti lagu berkenaan telah menjadikan Psy seorang bintang paling popular dan mempunyai peminat di seluruh dunia.

Selain Gangnam Style, Psy juga pernah mengeluarkan single berjudul Gentlemen dan Hangover namun ia tidak dapat menyamai kejayaan lagu tersebut.



Previous Post Next Post