Jaclyn Victor Selamat Timang Anak Lelaki Pertama



Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Jaclyn Victor dan juga suaminya kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu. Menyampaikan berita baik tersebut melalui akaun sosial media miliknya, rata-rata peminat turut sama berkongsi perasaan gembira.




“Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat. Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami. Bayi kami selamat dilahirkan pada 24 Ogos lalu dengan berat 3.48 kilogram namun masih memikirkan nama sesuai untuknya,” katanya.

Semoga cahaya mata sulung pasangan ini akan membesar dengan penuh kasih sayang dan semoga segala perancangan Jaclyn untuk keluarga akan dipermudahkan.

Previous Post Next Post