Mungkin lebih mudah jika saya bukan Stacy


Paparan instagram Stacy

MUNGKIN lebih mudah jika saya bukan ‘Stacy,’ demikian luah penyanyi itu melalui laman Instagramnya selepas mengesahkan sudah memeluk agama Islam semalam.

"Saya tertanya-tanya jika saya hanyalah Stracie (nama sebenar Stacy), mungkin perkara ini akan lebih mudah dan orang akan menerima dan tidak ambil peduli dengan apa yang saya buat," tulisnya.

Tambah Stacy atau nama Islamnya ‎Ummu Shaikhah Stacy binti Anam, dia tidak memohon penerimaan terhadap keputusannya itu sebaliknya berharap agar mendapat sokongan positif dari semua pihak.

"Saya minta maaf, saya hanyalah manusia yang memerlukan sokongan dan pertolongan untuk memahami situasi saya ketika ini.

"Bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anda dan keluarga. Saya faham pasti betapa sedihnya and," tulisnya.

Stacy Anam, 25, semalam mengesahkan dia sudah memeluk Islam di Pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi kelmarin.


Terdahulu berita pengislaman Stacy tersebar di media sosial selepas seorang pengguna Instagram memuat naik sekeping gambar Stacy yang memakai tudung hitam sedang menghadap seorang wanita sambil melafaz dua kalimah syahadah.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen instagram plantun lagu Im Not For Sale itu, rata-rata peminatnya memberi sokongan dan nasihat kepadanya.

Hajijie menulis, lupakan orang yang membenci anda, ini adalah ujian dari ALLAH SWT.

"Inilah cabaran peluk agama Islam, yang penting banyakkan bersyukur kerana diberi hidayah oleh ALLAH SWT. Belajar perlahan-lahan ya..lebih mudah kalau berdamping dengan ulama'. Semoga Stacy lebih tenang," tulis Modesty_byfarasy

Edithjomes pula menulis, orang akan menilai semua benda, jadilah tabah dan doakan yang terbaik untuk anda.

Previous Post Next Post